Sunday 22 February 2009

Takziah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Sebaik laptopku dibuka sebentar tadi, terpaparlah offline message yang dihantar sewaktu aku tidak online hari ini. Satu berita yang menyedihkan diterima iaitu rakanku semasa aku belajar di SAINA selama 5 tahun dahulu kini sudah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan rakannya yang lain yang turut terkorban. Buat kita semua khususnya rakan SAINA sekalian, kita maafkanlah rakan kita ini jika pernah dia melukakan atau melakukan kesalahan ke atas kita. Sedangkan Nabi SAW maafkan umatnya, apalagi kita sebagai insan biasa.

Sesungguhnya kematian itu suatu peringatan bermakna buat kita. Antara rahsia bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat sehingga mereka mencapai tahap iman yang begitu mantap dan kukuh ialah dengan sentiasa mengingatkan para sahabat tentang kematian. Bahawa kematian itu bukanlah penghujung kehidupan bahkan ia adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang abadi.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
~Al Mulk : 2~

Wassalam

1 comment:

  1. Blog sdr terpilih utk menghuni didlm senarai Blog Generasi felda yg ke 100, semoga sdr rajin2lah menulis, kerana blog sdr kini menjadi perhatian dikalangan generasi felda,
    sekian terima kasih .

    ReplyDelete